Wednesday, January 13, 2016

Lain-lain coklat Pict yang telah di order oleh customer sepanjang hujung tahun 2015























Friday, August 21, 2015

Apple Pai

Terlebih rajin hari in..... Maka saya Google la n jumpa resepi ni.......

APPLE CRUMBLE PIE


Bahan Untuk Kulit Pastri

240g Tepung Gandum
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula Aising
4 sudu besar air ais

Gaulkan tepung dengan gula aising
Masukkan Mentega dan gaul semula menggunakan garfu sehingga tekstur seperti serbuk roti

Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan garfu sehingga ia menjadi doh.

masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.

Bahan Inti

5 biji apple hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega
100g gula perang
secubit serbuk kulit kayu manis


Apple dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis

Ketepikan

Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.

Masukkan hirisan Apple. Gaul rata
Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.

Kacau hingga apple lembut dan kuahnya pekat.
Angkat dan biarkan sejuk


Bahan Crumble

75g tepung gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula blend
35g chip cokelat option



Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.

Masukkan chip cokelat dan gaul rata

Cara Menyediakan Pie

Panaskan ketuhar pada suhu 220C
Sediakan acuan pie 12"

Keluarkan doh pastri dari peti sejuk

Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm

Alihkan kedalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.

Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan

Tutupkan atas pie dengan crumble.

Hiaskan dengan baki hirisan apple

Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C.

Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang.




Maka jadilah hasilnya untuk minum petang..... Jemput makan k.... Resepi diatas saya ambik hanya untuk rujukan.... Tapi kreativiti tu terpulang pada individual.....




Coklat Gift Selamat Hari Lahir

Terima Kasih Pn Yati....... Next time repeat order lagi yer.....










Walaupun sama nama.... Tapi org take sama....hehehe tq order sampai 3 kotak chocolate gift..... 

Saturday, May 9, 2015

Tart/Pai Oreo Strawbery Chocholate

Sedap sungguh rasanya..... Melt in your mouth. Agak costing tapi sungguh berbaloi bila di makan.....

Kalau nak order boleh tapi harga kna PM coz yang mahalnya sama mahal mcm kek..... Oreo, strawberi dan whipping cream yang mahal.....

Mungkin RM55 sebiji. Boleh dapat dalam 8 slice. Satu slice dalam RM 6.50 satu slice.

Tapi bila makan tu..... Pasti rasa berbaloi.....

Coklat Hadiah Hari Jadi

Order dari pelanggan jauh untuk di hantar area Shah Alam.

RM 50 termasuk kos penghantaran. Terima kasih.

Coklat Lolipop Frozen dan Smile

Tempahan untuk jualan ..... Harga tolak Rm 1.30 satu batang.....